BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Clock

Tuesday, August 11, 2009

Meranti FC Dinner 2009 1/4


Salam semua,
Alhamdulillah, makan malam bagi meraihkan kemenangan Meranti FC menjuarai Liga sosial Sg.Buluh telah pun berjalan dengan lancar. Setelah sekian lama menunggu detik itu, akhirnya tercapai juga hajat di hati untuk bersama-sama meraihkannya. Cuma segelintir pemain-pemain tidak dapat menghadirkan diri pada majlis tersebut. Bagi mereka yang tidak dapat menghadirkan diri, lihat sahaja gambar-gambar yang telah dirakam oleh jurukamera Meranti FC...Silakan...,,,,

Inilah kek kejuaraan dan juga piala kejuaraan. Kedua-dua piala tersebut hasil dari titik peluh pemain-pemain semasa menyertai "Liga 9-side" anjuran UMNO Selayang dan juga semasa menyertai Liga Sosial Sg.Buluh.

Ini je yang mampu kita buat. Maklumlah ekonomi meleset.Cukuplah tu, hahahahaaa...

Lauk pun dah sampai, satu meja enam jenis lauk. Ermmm boleh tahan gak..! Rugi kan tak datang. Nak tahu lauk ker..? Ambik ni...?
1) Ikan Siakap Masak Merah
2) Butter Prawn
3) Marmit Chicken
4) Kailan Ikan Masin
5) Claypot Taufoo dan...
6) Tomyam Campur

Kaum hawa yang hadir pada malam tersebut.
Dari kir tu ; Pian, Mat, Punk dan Hamid..hahahaa..
sorilaa..aku tulis nama suami sebab aku tak tahu nama isteri..huhuhuhuuu takde dalam list aku..sorrriii

Apa pula Johan nak buat kat anak dia tu..? tinggi juga dia angkat tangan. ooohh..aku ingat daaa..anak Johan mintak lauk..Johan tak nak bagi....hahahahaa

Yang ni, majlis baru jer bermula, Mat dah tambah nasi..kesian Azmi dia tengok jee.., yang Hamit pun sama, minta nasi kat sebelah meja tu..

Hamit tak puas hati.., toleh belakang mintak nasi dengan lauk. Pak mail pun sama. Kesianlah dia orang ni...itulah.., budget tak cukup...!

Punk senyum-senyum, sebab dia dah banyak makan daaa.., Si Azrul pula tengah cari lauk. Mana lagi lauk dia nak ambill.

Hahahahaaa...yang ni, Pak Saufi. Dia bukan tak nak makan banyak. Aku tahu dia tengah fikir apa tu. Huhuhuhuu..."Ermm kalau aku makan banyak, pasti dia orang cakap aku kuat makan jerr, sebab aku main bola dua kali jer...pembuka liga dan penutup..!hahahaaaaaa...."

Tengok Mat tu, dia minta dua pinggan nasi. Heyyy..! Mat...Mat...!

Nah..! ambik air ni..! minum banyak-banyak supaya cepat kenyang. Bagi ayah pula makan semua..! Ooohh..sebelah Johan tu ialah Isteri dan anak-anak Johan. Yang tudung hitam tu isteri akulah..!

Yang ini pula, isteri Azmi. Dia cakap laaa..! aku pun tak tahu dia dah kawin rupanya.Ingatkan bujang lagi..asyik free jerrrrr..!

(Bersambung ke-2/4)

0 comments: