Salam,
Akhirnya dah sampai dah kita ke zaman Merdeka aku. Gambar ni, masa zaman cintan-cintan, yelaa selalu makan 'Mee Cintan'. Alaaaa semua orang ade zaman tu, tipu jer kalau takde. Cuma aku ada gambar ni satu jer, masa zaman aku bercintan dulu, mana boleh berdua-duaan. Ini pun curi-curi tau ambik gambar. Aku letak jer camera kat tepi dinding bangunan kat Putrajaya. Sebab tu ada satu jer gambar bedua-duaan ni, takut kena tangkap kering.., Apa pun, tengoklah gambar-gambar aku yang lain. Silakan..,
Ini kad jemputan kawen aku. Muka depan. Majlis kawin aku masa Merdeka. So, MERDEKA lah juga aku masa tu. Alhamdulillah..huhuhuhu...Murah jer kad ni. Kalau sekarang lagi dasyat kan, siap buat poster lagi...huhuhu..Engkorang ada lagi tak simpan kad kawen..?
Ermm..tengok kad jemputan aku. Cuma ada Tuan dan Puan je.., Aku tak jemput Tan Sri-Puan Sri, Datuk-Datin, dan yang mana-mana 'level' dia orang tinggi-tinggi. Susah..bukan datang pun kalau jemput. Siapa laa aku nak jemput dia orang. Lagi pun, kalau jemput, orang sibuk tengok dia orang jeeerr, pasti Mak-Bapak mertua aku dia orang tak layan.....kan..kan...., Menyusahkan jerr...!..Heheheheeee....
Yang ni pula, hantaran aku untuk Isteri aku. Aku tak bagi banyak pun. Cukuplah tu. Buat apa banyak-banyak. Lepas kawen ni, banyak benda lagi nak kena beli dan kena bagi. Rumah laa...Keta laa...barang-barang dalam rumah ke.., huh..! memang banyak. Bagi mereka yang belum lagi tu..ikutlah cara aku..tapi kalau engkorang mampu tak yah laah..ikut engkoranglaaa..Aku bukan apa.., aku teringat dengan dialog ni...,
Si Isteri : "ahhhhhhhhh...! aku nak mintak cerai jugak..! woooo...kau ni, sudah kawin lama-lama, satu cincin pun tak belikan.., tegok orang sebelah tu.., nah..! gelang dia sampai siku...!"
Si Suami : "arghhhhhhhh..! ini semua bapak kau punya pasal..,! sebab bapak kau letak RM5000 laaaaa.., aku sanggup berhutang dengan Banggali..,! tengok anak kita tu, sudah masuk tiga orang.., hutang sampai sekarang pun belum habis lagi..!"...
Si Isteri : "Woo...Rm5000 yaa...! kenapa kau terima tawaran bapak aku..? kalau kau tiada wang...?"
Si Suami : "Sebab kau cakap kau cintakan aku.., sanggup hidup semati dengan aku.,! sekarang pula , kau mintak cerai...! kalau aku tau dari dulu...aku tidak kawen sama kau..!"
Ermm..hahahahaa..lawakkan dialog tu..aku rasa macam tulah, kalau tak silap akulah, dialog ni aku petik dari filem P.Ramle.."Bujang Lapok"...
Ok.., Pernikahan pun bermula. Sesiapa yang telah melaluinya..ermm.., kompom..! macam duduk atas angin. Genggam tangan tu pun, macam nak picit jer tangan Tok Kadi tu. Berpeluh wooo badan....,
Dah "settle" kejap jer..sekali sebut jer...siapa cakap susah..? ermmm..
Relax...relax..senang jerrrr...
Alhamdulillah, selamat aku..baca doa dulu...,
Ermm...! heheheheeee...padan gan muka member aku yang tak kawen lagi. Aku dah "MERDEKA" da...heheheee...pasni aku kena basuh pinggan mangkuk laa gayanyerr..macam mana aku nak mengelak..? Takper..takper...aku ada idea..macam nikah tadilah.., senang jerr aku sebut..emmmm..,
Ha...! Kantoi..., hahahahahhaaaaaaaaaaaaaa........patutlah aku senang jer sebut...besar gajah tulisan tu..hahahaha...tu kalau tak lepas juga...ermmmmm..Mampossssssssssss.....!
Tengah pasangkan Gelang dan Cincin ni.., huhuhuuuuu
Penghormatan pertama untuk aku...hahaahahaaa...
Bergambar bersama adik kembar aku..yang tak pakai tudung tu..
Bersama dengan keluarga ku.., Mak aku dan Bapak aku.
Bersama denga abang aku dan kakak ipar aku sekeluarga.
Aku tak de sanding-sanding..macam nie jerrr. Bersama adik kembar aku dengan sepupu aku.
Bergambar bersama Bapak dan Mak Mertua aku, sebelah kanan aku tu. Sebelah kiri keluarga kakak ipar aku.
Bersama Bapak-Mak Mertua aku dan Mak-Bapak aku.
Gambar ni, masa nak bergerak ke rumah calon isteri...huhuhu
Terima kasih kepada semua yang hadir. Maklumlah 'orang Sabah baaa..." mana boleh sapport semua tambang..kapal terbang tu..., mampposss aku.., apa pu, terima kasih bebanyak kepada abang aku, kakak ipar aku dan keluarga kakak ipar aku. Dia orang ni lah yang banyak menguruskan perkawinan aku. Masa merisiklah sampai aku nikah. Terima kasih banyak-banyak. Yang lain tu pun sama gak..terima kasih kerana sanggup datang dari jauh..Baju Merah dari kiri tu special coming from Indon.., sepupu aku. Yang seorang lagi sebelah dia kakak sepupu aku baju kurung Merah, turun dari Pulau Pinang. Dan yang lain-lain tu..terima kasih.
(Ok...Tammat..zaman bujang aku.....MERDEKA..!)
0 comments:
Post a Comment